Facebook (Personal) Facebook (Taska) Facebook(Ece Support) Instagram ( Personal) Youtube (Taska)

Ticer Dayah

Develop a passion for learning. If you do, you will never cease to grow.

  • Home
  • About
  • Photos
    • Taska Activities
    • Staff
    • Category
  • Shop
  • Advertise


Dulu masa kerja kat tadika, aku bosan gila nak mengajar. Asyik ajar budak mewarna, lukis ikut dot dot. 


Pastu budak 4 tahun, kena tau 1 hingga 10. Nasib dapat kelas 4 tahun. 


Aku yang dewasa ni pon bosan, bayangkan perasaan budak-budak kat tadika. 


Aku sangat ternanti-nanti sesi petang. Bebas nak buat aktiviti apa-apa dengan budak-budak. 


Sekarang bila dah banyak belajar pasal perkembangan budak, baru tau mewarna, lukis ikut dot dot tak bagus pon untuk budak. 


Kalau nak kuatkan otot tangan, bagi je budak main. Tak perlu pon mewarna atau lukis ikut dot dot. 


Parents pulak sibuk nak anak kenal ABC, pandai membaca. 


Aku dulu kalau tak silap masa umur 6 tahun baru pandai baca. 


Sekarang umur 3 tahun dah kena tau ABC. Kena pandai membaca. Kegilaan apakah ini? 


Ini jugaklah sebab aku nak bukak taska instead of bukak tadika walaupun ayah aku tak bagi bukak taska. 


Risau jadi apa-apa kat budak2 di taska. Tapi,apakan daya anaknya seorang yang degil. Tak leh wat apalah. 😂


Memang tenang sedikit bukak taska. Parents takde expectation kecuali nak anak mereka dijaga dengan baik. 


Tapi kalau dapat parents cerewet, jawablah nape anak die lebam, anak dia calar. Semua tu tak boleh okeh! Ingat bukak taska tak pening? 


Dulu bagi budak main kat luar, ada parents beritahu anak dia dah hitam. Pulak dah. 


Memang serba tak kena. Tapi sekarang, memang bagi je budak main kat luar. Sebab dengan bermain dorang belajar macam-macam.


Dengan bermain, dorang belajar bersosial. Tu ada stage of play. Dulu memang aku pon tak tau pasal ni. 


Baru-baru ni, masa jamuan raya aku jumpa parents lama di taska. Dulu dia pernah hantar anak pertamanya ke taska. Sekarang dia hantar anak kembar pula. Beza 6 tahun dengan akaknya. 


Aku saja tanya pasal tadika anak die pergi. Tadika ni buat bermain tapi indoor. Dia kata bagus tadika tu, lepas masuk sana, anak dia dah berani nak memanjat.


Aku rasa pelik sebab baru first time dengar pasal ni. Anak dia dulu memang jenis yang baik-baik je. Behave sangat. 


Tapi serius aku tak tahu yang dia tak tahu memanjat. Bila tau ni, rasa bersalah pulak!


Dulu kami buat aktiviti. Cikgu sediakan bahan, budak-budak buat. Memang tak bagus sebenarnye sebab budak hanya ikut. Dorang tak fikir sangat pon untuk buat. 


So, aku no regret sekarang sebab aku dan bagi budak-budak bermain kat luar. Explore lah sendiri ye anak-anak.


Takyah mewarna, sambung dot dot, tahu abc atau membaca sebab belum masanya lagi. 


Ibarat badan kita belum nak menopous, kita dah suruh menopous. Aku pon tak dapat perumpamaan ni dari mana tapi aku pernah baca. 


Ingat, Happy kids, Happy childhood. Childhood mereka hanya sekali je. Jangan rampas golden time ni. 


Sangatlah rugi sebab 90% otak berkembang semasa umur bawah 7 tahun. Selepas tu, hanya 10% selepas umur 7 tahun.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Benda ni aku belajar masa pergi RBB (Rawang Burger Bakar) milik Cikgu Roy tahun lepas bersama-sama seorang rakan yang dikenali masa jadi perantis PUNB beberapa tahun lepas. Rakan tersebut adalah Masyitah, muda setahun dari aku. Dia buat bisnes gubahan bunga. Balik dari situ, aku pun create benda ni. Ni pon jumpa balik masa aku belek-belek buku nota bisnes aku.

H  : Humble, Hardworking, Helpful, Hebat

I   : Intelligent, Iman, Inspired, Idol

D  : Determination, Dare to Success

A  : Ambitious, Admirable, Attractive, Active 

Y  : Youthful, Young

A  : Adorable, Affirm

H  : Happy, Honor, Hope full

Semua ni melambangkan diri aku. Cube korang buat nama korang pula dan share kat komen ye...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Taska di awal pembukaannya pada Mac 2016. Banner di buat oleh Sara yang kreatif

1. Jiran.
✌️Ada yang tak suka ada taska di kawasan perumahan. Yang ni aku kena masa awal-awal buka taska. tengah nak daftar SSM , ada jiran call cakap dia dan jiran lain tak suka aku buat taska di situ. Menangiss beb!
.
2. Kos yang makin meningkat
✌️Taarif api dan air mengikut taarif bisnes. Harga barang-barang masakan yang tinggi.
.

3. Requirement dari pihak berkuasa (bomba, PBT, JKM).
✌️Cctv, tangga ke dua untuk premis 2 tingkat dan banyak lagi.
.

4. Yuran bulanan yang cukup-cukup makan.
✌️Kalau caj mahal, pengasuh di rumah jadi pilihan alternative.
.

5. Staff turnover yang tinggi
✌️Gaji yang rendah, Kwsp, socso tiada (kebanyakannya). Staff lari. Staff berhenti bagi alasan nak jaga nenek dan nenek meninggal.
.

6. Kuota pengambilan kanak-kanak mengikut luas lantai.
✌️ Kena ikut betul2 kuota yang di beri.
.

7. Nisbah guru dan kanak-kanak...
✌️3 baby 1 pengasuh (jika bawah setahun), 5 kanak2 1 pengasuh (1 hingga 3 tahun) dan 10 kanak2 (3 dan 4 tahun).
.

8. Perlu menyediakan tempat tinggal dan makanan tengahari.
✌️ Pengusaha tidak dapat mengira kos operasi yang sebenar. Kelebihannya, tiada masalah datang lambat kerja.
.

9. Masuk campur dari keluarga staff
✌️ Suami, mak masuk campur dalam urusan gaji staf. Kadang-kadang yang call mintak kerja adalah tunang, suami atau scandal.
.

10. Pendapatan tak tetap setiap bulan
✌️ Sebabnya tetibe ada budak keluar (kalau 2 adikberadik kuar, mmg tergugat income), tak datang taska sebab mak dalam hari kemudian tak nak bayar yuran sebab tak hantar. Kalau astro, xguna still kena bayar juga kan. hehe
.

Banyak lagi sebenarnye. Ini based on dah 1 tahun dan 6 bulan menguruskan sebuah taska. Dan juga dari pengalaman rakan-rakan seperjuangan. Ada siapa2 nak tambah lagi?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

About me

Follow Us

  • Instagram (Personal)
  • Facebook (Personal)
  • Facebook (Taska)

Labels

  • bisnes
  • bisnes taska
  • Hidayah
  • Name
  • pengalaman
  • taska

recent posts

Sponsor

Blog Archive

  • ▼  2022 (1)
    • ▼  June (1)
      • Dulu vs Sekarang
  • ►  2017 (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates