Dulu masa kerja kat tadika, aku bosan gila nak mengajar. Asyik ajar budak mewarna, lukis ikut dot dot.
Pastu budak 4 tahun, kena tau 1 hingga 10. Nasib dapat kelas 4 tahun.
Aku yang dewasa ni pon bosan, bayangkan perasaan budak-budak kat tadika.
Aku sangat ternanti-nanti sesi petang. Bebas nak buat aktiviti apa-apa dengan budak-budak.
Sekarang bila dah banyak belajar pasal perkembangan budak, baru tau mewarna, lukis ikut dot dot tak bagus pon untuk budak.
Kalau nak kuatkan otot tangan, bagi je budak main. Tak perlu pon mewarna atau lukis ikut dot dot.
Parents pulak sibuk nak anak kenal ABC, pandai membaca.
Aku dulu kalau tak silap masa umur 6 tahun baru pandai baca.
Sekarang umur 3 tahun dah kena tau ABC. Kena pandai membaca. Kegilaan apakah ini?
Ini jugaklah sebab aku nak bukak taska instead of bukak tadika walaupun ayah aku tak bagi bukak taska.
Risau jadi apa-apa kat budak2 di taska. Tapi,apakan daya anaknya seorang yang degil. Tak leh wat apalah. 😂
Memang tenang sedikit bukak taska. Parents takde expectation kecuali nak anak mereka dijaga dengan baik.
Tapi kalau dapat parents cerewet, jawablah nape anak die lebam, anak dia calar. Semua tu tak boleh okeh! Ingat bukak taska tak pening?
Dulu bagi budak main kat luar, ada parents beritahu anak dia dah hitam. Pulak dah.
Memang serba tak kena. Tapi sekarang, memang bagi je budak main kat luar. Sebab dengan bermain dorang belajar macam-macam.
Dengan bermain, dorang belajar bersosial. Tu ada stage of play. Dulu memang aku pon tak tau pasal ni.
Baru-baru ni, masa jamuan raya aku jumpa parents lama di taska. Dulu dia pernah hantar anak pertamanya ke taska. Sekarang dia hantar anak kembar pula. Beza 6 tahun dengan akaknya.
Aku saja tanya pasal tadika anak die pergi. Tadika ni buat bermain tapi indoor. Dia kata bagus tadika tu, lepas masuk sana, anak dia dah berani nak memanjat.
Aku rasa pelik sebab baru first time dengar pasal ni. Anak dia dulu memang jenis yang baik-baik je. Behave sangat.
Tapi serius aku tak tahu yang dia tak tahu memanjat. Bila tau ni, rasa bersalah pulak!
Dulu kami buat aktiviti. Cikgu sediakan bahan, budak-budak buat. Memang tak bagus sebenarnye sebab budak hanya ikut. Dorang tak fikir sangat pon untuk buat.
So, aku no regret sekarang sebab aku dan bagi budak-budak bermain kat luar. Explore lah sendiri ye anak-anak.
Takyah mewarna, sambung dot dot, tahu abc atau membaca sebab belum masanya lagi.
Ibarat badan kita belum nak menopous, kita dah suruh menopous. Aku pon tak dapat perumpamaan ni dari mana tapi aku pernah baca.
Ingat, Happy kids, Happy childhood. Childhood mereka hanya sekali je. Jangan rampas golden time ni.
Sangatlah rugi sebab 90% otak berkembang semasa umur bawah 7 tahun. Selepas tu, hanya 10% selepas umur 7 tahun.
